Wednesday, June 24, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 3

Assalamualaikum. Hello hai! Macam mana puasa korang setakat ni? Pejam celik dah hari ke 7 kita puasa. Dia punya haus jangan cakap lah. Tambah tambah tetiba time tu la ko sedu. #pasrah. Haha mengalahkan budak baru belajar puasa kan?

Anyway, tahun ni pun lebih kurang sama macam tahun lepas. Sahur & berbuka ala kadar since berdua je dengan Datin kan. Bazaar ramadhan pun baru sekali je tuan tanah jengah. Dengan membawa duit RM5 sahaja untuk beli kuih muih atau bubur buburan. Wei bahaya wei. Lapar mata ni boleh buat nak beli satu bazaar.

Ok jom cuba sambung entry dari Jakarta - Parlimen Bersidang Day 2 ~ Part 2


View dari apartment kami
Kami ada 2 mission penting untuk hari ketiga. Agak relaxing juga. Tapi ada curfew. Takleh spend lama lama kat 1st mission. 

Kalau pergi Jakarta ni tak sah kalau tak pergi Tanah Abang kan? Syurga membeli belah katanya. Tapi kali ni punya lawatan ke Tanah Abang agak berbeza dari trip 3 tahun lepas. Kalau dulu memang guna tagline shop til you drop. Kali ni lebih man man kata orang. Percaya tak tuan tanah hanya beli 1 je kain pasang itu pun untuk Datin. 

Tapi nak menyampaikan Tanah Abang ni memang mintak gaduh juga. Macetnya masya allah. Kitorang siap nak jalan kaki je, kan main pulak supir tu tak bagi kan. Kononnya nanti susah cari lah, nanti confuse lah. Dan lagi parah bila datin maimon minta dibawa ke blok A. Tapi sang supir dengan selamba masuk parking ke blok B. Katanya nanti jalan je lah ke blok A. Terus datin maimon rasa marah. Oleh kerana nak parking pun jem, kitorang rasa ni harm la kot kalau keluar dulu dan supir bolehla sambung cari parking. Tapi dia beriya tak bagi & suruh kitorang tunggu sampai dapat parking. Mula mula bersabar la juga, tapi kalau dah dari tingkat satu sampai ke tingkat tujuh tu je makan sejam. Terus kitorang insist nak keluar jugak. Buang masa kan?

Percubaan untuk plan route agar tak bazir masa. #Katanya
Benda penting yang kitorang kena beli kat sini adalah membeli kiriman adik datin maimon yang giat meniaga di instagram. Dan yang lelain hanyalah sampingan. Kitorang pulak datang hari Sabtu. Memang extra ramailah dengan orang local & foreigners. Itu yang memang tidak amik kiriman orang. Sapa je message nak order terus tetiba takde coverage hehehe. 



Kedai ni jual pelbagai jenis sarung kaki. Especially yang jenama Soka tu. Beli 1 dozen ke atas jatuh lebih kurang dalam RM1.30 sepasang. Gila tak murah? Cheapest yang kakjem pernah tengok pun RM6 sepasang. 



Dan pengembaraan mencuci mata pun bermula setelah selesai beli kiriman adik datin. Kali ni tuan tanah perasan dah susah sikit nak tawar menawar ni. Agaknya dia tahu kot kat tempat kita memang lagi mahal. So ada juga yang seribu dua pun tak nak bagi kurang. 


Singgah satu kedai ni. Menjual kelengkapan haji. Telekung ala ala telekung Siti Khadijah tu RM60 je uols. Tapi nak tau tak apa masalah besar tuan tanah kalau nak beli telekung. Selain dari kain dia harusla buat yang lain kan. Masalah lagi satu adalah.....


Muka selebar pinggan. Mintak hampun telekung ni bila tuan tanah cuba. 

Dah selesai membeli belah dalam 3 jam, kami sempat alas perut kat food court diorang yang terletak di bahagian parking. Bukan yang belah atas sekali tu ye. Dan terus minta supir bawa kami ke spa berhampiran. Spa yang kami pilih adalah Taman Sari Royal Heritage Spa terletak disebelah FaveHotel Wahid Hasyim. Mujur dalam masa jem untuk ke sana kami call untuk booking. 

Sampai je dia beri buku sebesar menu kat Kenny Rogers tu. Untuk pilih pakej pakej yang kitorang nak & lagi sekali kitorang buat curfew maximum 3 jam sahaja. Mak iz pasrah.

I choose Javanese massage & Foot spa. Yang lain pun choose different package. Semua macam mengeluh sebab ada curfew. I paid Rp460,000 for both packages and it considered cheap gila kan? Selalu pegi massage kat klang ni body je RM60 untuk sejam. 

Dan of course tuan tanah terjebak dalam membeli produk Mustika Ratu Y__Y

Dari spa kami menuju ke Sarinah. Salah satu mall berdekatan disitu. Niat nak borong air nescafe tu. Maklumla kat Malaysia takde. 


Tapi seperti biasa. Niat asal memang tercapai. Niat lain, haruslah dicapaikan juga.



Dan korang tahu kan minyak angin aromaterapi yang roll on tu? Yang tu la tuan tanah beli buat ole ole dari Jakarta kepada teman teman rapat. Tuan tanah suka yang cap Lang jugak. Bau dia memang heaven. 

Malam tu kami pilih untuk dinner Lotteria. Ye. Ni semua tuan tanah punya kerja. Teringin katanya. Call delivery while we on the way back to the apartment. Sekali delivery sampai dulu. Memang tuan tanah rasa hari ni kitorang asyik stuck dalam jem je lah. 

SENYUM SAMPAI KE TELINGA

Aktiviti packing barang pun bermula malam tu. Maklumla esok dah nak balik. Flight lebih kurang jam 1pm. Oh I hate packing.

Till then. Xo.

8 comments:

  1. tu nape muka tuan tanah ternganga nengok kain sulam ke?
    mmg heaven kalau dpt soping. tapi tu la tuh... currency kita merudum sgt.
    Eh tetiba nak jadi menteri pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dan dan ko pk pasal currency kan. padahal masuk je Indonesia bukan kita jutawan ke hehehe

      Delete
  2. aku rindu nak makan shrimp burger

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala azra. tu yg beriya order tu. tapi feel tak sama. dan dah sejuk

      Delete
  3. Amboi siap try telekung kan. Gigih tu nak beli. Ko jadi beli ke x. Nengok ke beg ko yang banyak haritu, mula lah aku berfikiran apa aje yang ko borong masa kat Jakarta aritu. Xkan sebab Nescafe je jadi berkilo-kilo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku jumpa ko tu aku pergi Bandung lah. ehheheh

      Delete
  4. Banyak bershopping. Sakan betul ni hahaha.Lotteria tu produk kampung tu . terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat buat lepas rindu kat kampung la tu sebenarnya hehehe

      Delete